Saturday, 27 April 2013

tips bila kecewa



cinta memang manis ,,dan lawan manis ialah pahit...
dan lawan cinta ialah kecewa....cinta memang tak boleh dipisahkan dalam sanubari seseorang,,,dan kekecewaan itu ialah kepastian...


1. Ingat Allah masih ada untuk kita
Bila kt ditinggalkan, usahla merasa dunia ini berakhir kerana dunia ini tidak akan berakhir sebelum tibanya kiamat. Allah maha mendengar rintihan orang yang teraniaya.. Allah maha mengetahui betapa hambanya dalam kesedihan. Percayalah Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka. Bila kita mengadu dan menceritakan kesedihan pada yang Esa, Insyaallah Allah akan suntikkan semangat untuk kita teruskan hidup seperti biasa tanpa orang yg kita sayang. Cepat atau lambat untuk pulih dari kekecewaan, itu urusan DIA.
Perbanykkan doa agar diceriakan hari-hari yang mendatang, perbanyakkan menyebut kalimah Allah. Ikhlaskan diri mohon pertolongan dr Allah, menangislah sekuatnya kerana Dia Maha mengetahui dan memahami rahsia hati kita. Dekatkan diri dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan juga membaca al-quran.InsyAllah hati akan jadi lebih tenang.


2. Sibukkan diri dengan aktiviti yang digemari
Elakkan bersendirian termenung dengan melakukan perkara-perkara yang digemari atau apa saja benda yang boleh membantu kita untuk tidak memikirkan si dia yang telah meninggalkan kita. Antaranya, keluar bersama rakan-rakan perempuan, memasak, bersukan, ‘window shopping’ dan sewaktu dengannya. Ceriakan diri anda bila melakukan aktiviti dengan sahabat handai dan elakkan melakukankannya seorang diri. Kerana persekitaran yang meriah dan riuh rendah boleh membantu untuk mengurangkan rasa kecewa di dasar hati.



3. Hentikan sebarang hubungan dengan si dia
Kenapa perlu berhubung lagi setelah dikecewakan??Jadi hentikan dari terus menghubungi dia. Mungkin agak berat tapi itulah yang terbaik untuk mengembalikan semangat kita yang telah ditinggalkan. Jangan sesekali rendahkan maruah kita dengan menghubungi dia..so please kuatkan hati dan kawal perasaan.


mudah kan,,,ana da cuba antum bila lagi....


No comments:

Post a Comment